Search
Search
Tukar warna tema rumah

Tukar warna tema rumah

SHARING IDEA – Tukar Warna Tema

Nak share cara kami tukar tema warna untuk dekor raya 2021 tanpa kos yang besar. Dari tema Navy Blue (gambar akhir) kepada tema Emerald Green.

1. Dari awal masuk rumah dulu, kami setkan benda yang susah nak tukar kepada warna natural/earth (white & grey) sebagai dominant colour untuk keseluruhan ruang. Sebab warna ni sesuai mix dengan semua warna in case kita nak tukar tema. So perabot dan wall kami pilih warna-warna ni.

Effect: Ruang nampak luas, kemas & bersih. Tapi kena rajin nak mentain sebab ada anak kecik.

2. Untuk warna tema yang kontra dengan warna dominant td, kami tetapkan pada item atau aksesori sahaja macam langsir, karpet, frame gambar, vase & bantal kusyen. Benda ni lebih mudah nak tukar, mudah simpan & kos tak mahal compare kalau kita tukar perabot atau tukar cat dinding kan?

Effect: Bila kita pilih item tertentu sahaja untuk pilihan warna tema, tak ada la berpinar mata bila masuk rumah.

3. Untuk tak nampak boring, kami mix kan sedikit dengan warna ketiga which is sangat minima penggunaannya. Kami pilih warna gold. Biasa warna ni kita pilih pd item yang kecik-kecik mcm vase, calitan corak pada karpet atau frame gambar, bunga dll. Jangan banyak sangat nanti tenggelam warna tema asal tu.

Effect: Terus naik seri ruang tu! InsyaAllah.

Kredit : JOE ASAARI

RekaRumah