Search
Search
Tiny Cottage Port Dickson

Tiny Cottage Port Dickson

Haritu saya ada share tentang Tiny Cottage saya kat Port Dickson, tetapi terlupa pulak kongsikan sekali pelan layout bersaiz 20×12 jer, unit studio.

So harini saya share lengkap dengan pelan layout pada gambar terakhir. Gambar seterusnya adalah rumah saya yang dah siap dah transformasi dalam masa 3 tahun.

Sungguh saya sangat teruja dan ianya akan menjadi kenangan manis sepanjang hidup saya. Justeru sini saya share serba sedikit ya. Khas untuk newbie dan baru berjinak dengan tiny house di negara kita.

Projek Tiny House Cottage bermula pada tahun 2017, projek ni saya ambik inspirasi dari perkampungan inggeris yang colourful dan unik, dengan landskap yang teratur, banyak rumah burung di sekitar kampung.

Dari situ saya mengambil keputusan menamakan rumah kaler purple as Lavender dan rumah kaler kuning as Sunflower🌻💜.

Apabila saya nak jadikan realiti di Malaysia ni memang banyak kekangan, ekoran faktor cuaca dan pelbagai lagi. Justeru saya banyak DIY sendiri jer.

Banyak aktiviti kami anak beranak di sini. Kalau musim PKP ni memang dari pagi dah mula aktiviti menyiram pokok, berkebun, bersarapan dan pelbagai lagilah kami lakukan di sini.

Jika bukan musim PKP memang kami buat sewa, jadikan homestay. Jadi since MCO dah dekat 6 bulan ni, kami sekeluarga betul-betul passion cantikkan landskap disini.

Percayalah kita kena ada minat, dan semangat yang tinggi untuk mengurus tiny house ni. Ianya perlu consistency tau. Kalau sekadar ikut trend, percayalah ianya takkan berjaya.

Penulis: Yuslan Ibrahim
Sumber: Tiny House Malaysia

RekaRumah