Search
Search
Pondok Qaseh Siap Loteng

Pondok Qaseh Siap Loteng

Hai.. Assalamualaikum.. Pondok kecil saya yang dibina pada tahun 2015. Dibina bersebelahan rumah ibu saya dan kebun buah-buahan.

Keluasan 20×20. 2 bilik tidur 8×10, dapur, bilik air, ruang tamu dan loteng. Alhamdulillah.. cukup lah sebagai tempat berteduh keluarga kecil kami.. Dulu masa pondok kecil ini dibina 3 orang ahlinya.. Sekarang dah ada 4 orang penghuni di dalamnya.. Alhamdulillah…

Masa mula-mula nk bina rumah kecil ni saya banyak cari idea tiny house luar negara. Rasanya masa tu tak jumpa lagi group tiny house Malaysia. Gembira sangat sebab ada group ni boleh share dan dapat idea dari ahli-ahlinya.

2020.. Disebabkan ahli keluarga bertambah saya extend lagi 10×10 untuk ruang tamu kedua, dan ruang tamu yang lama saya jadikan living area @ruang solat@ aktiviti keluarga. Untuk penggunaan ruang yang maksima saya buat loteng di atas ruang tamu. Kat situ saya jadikan wardrobe dan library mini..

Update : Ramai jugak yang tanya tentang costing n material. Untuk body saya guna batu bata, plaster simen, lantai guna laminated floor, bumbung metal deck je, kos kasar dlm 45-55k.. tak termasuk siling, wiring, kitchen kabinet, loteng.. yang ni masa tahun 2015..

Idea dan design memang dari saya.. cuma pembinaan dan jalan kerja saya guna khidmat kontraktor.. kos upah dan barang pun boleh tahan jugak.. Kalau dapat buat sendiri memang lagi boleh jimat. Tapi saya dan suami tak pandai bertukang. Untuk deco simple-simple tu boleh la..

Penulis: Mzz Yann
Sumber: Tiny House Malaysia

RekaRumah