Search
Search
Tiny House Ladang Nanas

Tiny House Ladang Nanas

As’salamualaikum & Salam Sejahtera..

Nak share My Tiny House @ Farm House yang baru siap. Tiny House ini dibina dalam Ladang Nanas seluas 8 ekar.

Mula pembinaan pada 18 Ogos 2021 dan siap pada 1 Oktober 2021 dengan keluasan keseluruhan 624 sqft.

Plan asalnya berkonsepkan Galeri 24×20 kaki dengan 2 bilik air. Keluasan verendah 24×6 kaki, mengadap Bandar Baru Bangi kerana Tiny House ini berada di puncak bukit.

Ada sertakan plan tapi hat lukisan sahaja. Ladang Nanas ini masih dalam proses untuk disiapkan sebagai Projek Agrotourism yang berasaskan Nanas baik tanaman mahupun produk hiliran.

Selain terdapat Cafe yang menyajikan produk-produk hiliran nanas, terdapat juga nurseri yang menjual tanaman Nanas Ornamental termasuk Bromeliad.

Manakala Tiny House pula berfungsi sebagai;

1) Pusat Latihan

– Ingin berkongsi pengalaman & buka mata kepada masyarakat bahawa ‘Pertanian Juga Adalah Perniagaan Yang Menguntungkan’

– Tempat untuk beri taklimat kepada pelawat berkumpulan termasuk pelancong.

– Kursus & Latihan

2) Galeri

– Memberi info berkaitan Nanas seperti varieti, peralatan ladang, sejarah dan lain-lain..

3) Event Programs

– Majlis Keraian, Reunion dan termasuk untuk family gatherings seperti sambutan harijadi.

Pelbagai perancangan lain akan dibuat susulan nanti seperti aktiviti riadah di dalam kebun, In Shaa Allah.

Saya telah lama memasang impian untuk ini. Bila satu-satu hampir siap untuk dilaksana, ia memberi semangat yang kuat untuk terus maju ke depan. Kerana saya bermula dari modal & ladang yang kecil serta zero dalam ilmu pertanian.

Semoga ia sedikit sebanyak boleh memberi inspirasi untuk sahabat-sahabat di luar sana. Salam Maulidur Rasul 1443H, Kg Sg Merab Luar, Bandar Baru Bangi, Selangor here… 😄🍍

Penulis: Saudagar Nanas
Sumber: Tiny House Malaysia

RekaRumah