Search
Search
Rumah Kontena Kotak Teduh

Rumah Kontena Kotak Teduh

Assalamualaikum. Saja nak share tentang rumah kontena saya dan isteri tinggal sekarang. Idea dan design oleh saya dan isteri sendiri dan kami juga banyak buat reference Tiny House kat internet gak.

Lebih kurang 900sqft. Kos lebih kurang RM120k++ termasuk (exterior + interior + furniture + tanah).

Untuk ruang tamu, bilik dan ruang kerja kami gunakan kontena. Untuk dapur dan bilik air kami gunakan konkrit + bata merah.

Ruang dalam dinding kontena masih mengekalkan karakter kontena yang berlekuk-lekuk. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh la cover dinding tu.

Untuk reduce heat kami just guna ventilation fan (murah) dan aircond (on bila perlu sahaja). Kami stay dah lebih kurang 3 tahun. So far tak de lagi isu besar terlalu panas. Macam kita stay rumah biasa je.

Jarang kami on air cond. Banyak guna kipas n buka tingkap je. Kemungkinan isu utama adalah heat + humidity. Tapi kalau korang ada bajet lebih boleh upgrade ventilation method tu contoh letak insulator dan sebagainya.

Selain tu saya dan isteri banyak tanam pokok tak nak nampak rumah keras selain nak rasa lebih nyaman. Dalam rumah juga letak pokok-pokok.

Bahagian belakang rumah ada “hutan kecil” yang wife buat untuk tanam pokok-pokok. Rumah ni ada 3 ruang santai lepak-lepak. 2 kat atas satu kat bawah. Ruang kerja kat bahagian atas memandangkan isteri kerja sendiri, maka atas tu kira macam office dia la.

Untuk pagar just guna wire mesh untuk bahagian depan. Bahagian belakang saya guna metal deck roof jadikan pagar. Macam kat contruction site tu. Idea ni dapat waktu stay kat Aussie.

Kebanyakan pagar rumah kat bahagian belakang ditutup dengan metal deck. Untuk grill sliding door bawah, saya reuse pagar gunting yang dah rosak dapat kat kedai secondhand. Owner just bagi free sebab dah berkarat dan memang tak function dah. Just improvise guna sikit kreativiti.

Alhamdulillah, so far rumah dah 90% siap. Tinggal ada beberapa bahagian je lagi nak upgrade. Kumpul duit sikit-sikit. Baru buat. Jadi prosesnya lambat, sebab tak buat loan perumahan. Just guna duit simpanan yang kumpul bertahun-tahun. Semoga dapat memberi sedikit info tentang rumah kontena ni.

Untuk pengetahuan semua, rumah ni diberi nama “Kotak Teduh”. Berkonsepkan model minimalis. ” Less is more ” Kalau nak lebih info dan tips boleh follow instagram rumah kami. Instagram : @kotak_teduh

“…kita bisa.selama masih ada.rumah untuk pulang.dan memulai segalanya…”

Penulis: Siapa Apit
Sumber: Tiny House Malaysia

RekaRumah