Search
Search
Brick Feature Wall naikkan seri dinding.

Brick Feature Wall naikkan seri dinding.

Kompilasi Rekaan Dinding Batu/ Brick Feature Wall

Rekaan dinding dengan menggunakan batu akan kekal menarik walaupun trend design berubah. Tak kira jenis batu & warna, rekaan dinding batu ini menjadi pilihan beberapa client kami kerana teksturnya yang menarik & semulajadi.

Kebanyakan dinding batu rekaan Ilusi Hafiezd Design menggunakan batu tiruan jenis veneer yang mempunyai pelbagai warna & saiz. Kami gemar menggabungkan batu-batu ini dengan pancaran lampu demi menyerlahkan imej batu-batuan tersebut.

Dinding tumpu dengan batu ini sesuai berada di ruang yang mempunyai dinding yang tinggi supaya ia kelihatan gah & mewah. Namun ada juga client yang suka meletakkan batu di ruang dapur sebagai dinding tumpu khas dalam ruang tersebut.

Disebabkan material batu yang tahan lasak, ada client yang meletakkannya di ruang balkoni rumah sebagai feature wall. Brick wall ini juga kami gabungkan dengan bench yang kami buat khas untuk client kami.

Kredit : Ilusi Hafiezd Design

RekaRumah