Search
Search
Betul ke landskap meredupkan rumah?

Betul ke landskap meredupkan rumah?

Laman indah landskap menarik

rumah yang memiliki landskap laman menarik bukan sahaja selesa untuk didiami, malah turut memberi banyak kelebihan kepada pemiliknya.

Selain itu, halaman kediaman yang dihiasi dengan landskap pepohon rimbun juga bukan sahaja lebih redup, malah dapat membantu mengurangkan bahang panas di sekitar rumah.

Ia membantu pemilik menjimatkan tenaga elektrik kerana bahang panas kurang terasa dan tidak perlu membuka kipas atau pendingin hawa sepanjang masa.

Dari segi psikologi pula, memiliki landskap menarik di halaman rumah juga dikatakan dapat membantu memberi ketenangan kepada penghuninya.

Kesibukan harian dan tekanan yang dialami ketika berada di pejabat boleh hilang jika dapat membelai bunga ataupun pokok tanaman lain di laman rumah pada hujung minggu.

LANDSKAP yang redup menyamankan suasana rumah.

Kredit : RekaBrick

RekaRumah